Cara nak buat kek batik sedap .



KEK BATIK SEDAP




    

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Hari ini , saya nak kongsikan cara-cara nak buat kek batik sedap . Caranya mudah sahaja .

Bahan-bahan

  • biskut marie secukupnya
  • 2 cawan milo
  • 1 buku buttercup
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 tin susu pekat manis

Cara buat kek batik

  1. Cairkan butter dalam periuk menggunakan api kecil.
  2. Setelah cair, masukkan susu pekat, milo, dan serbuk koko sedikit demi sedikit.
  3. Gaul hingga sebati, halus dan pastikan tiada yang berketul-ketul.
  4. Susun biskut marie yang telah dipatahkan (boleh patah 2 atau 4, jangan sampai hancur) dalam bekas/loyang .
  5. Curahkan sebahagian adunan tadi dan ratakan.
  6. Lapis lagi dengan biskut marie kemudian curahkan lagi dengan adunan dan ratakan.
  7. Ulangi hingga adunan habis.
  8. Padatkan kek batik tadi dengan menekan permukaan kek menggunakan belakang sudu.
  9. Masukkan kek dalam peti sejuk selama 4 jam hingga beku.
  10. Keluarkan kek 30 minit sebelum dipotong.
Itu sahaja resepi yang saya boleh kongsikan bersama anda . Jika anda suka kek batik yang lembut, patah-patahkan biskut marie terlebih dahulu dan biarkan ia lemau sikit. Kek akan terasa lembut semasa dicampur coklat. Ada yang pernah cakap apabila tak ada biskut marie pun boleh guna cream cracker jacob, tetapi tekstur dan rasanya lain sikit. Selamat mencuba !!!





Comments